Definisi tasawuf ialah
"membersihkan hati dan anggota-anggota lahir daripada dosa-dosa,
kesalahan dan kesilapan". Artinya bersih luar dan bersih di dalam.
Peranan
Tasawuf
1.
Membersihkan hati dan
jawarih (anggota) daripada dosa, kesalahan dan kesilapan.
2.
Menghidupkan rasa
kehambaan
3.
Menanamkan rasa
keikhlasan.
4.
Menghidupkan rasa
bertuhan.
Ilmu tasawuf adalah salah
satu ilmu dasar dalam Islam, selain dari Aqidah dan Syariat. Ilmu tasawuf/rohani adalah ilmu yang
mempelajari perilaku tabiat roh atau hati baik yang baik (mahmudahnya ) maupun
buruk (mazmumah). Bukan untuk mengetahui hakikat zat roh itu sendiri.
Hakikat roh itu sendiri tidak akan dapat dijangkau oleh mata kepala atau tidak
akan dapat dibahaskan. Tetapi apa yang hendak dibahaskan adalah sifat-sifatnya
sahaja supaya kita dapat mengenal sifat-sifat roh atau hati kita yang semula
jadi itu. Mana-mana yang mahmudahnya (positif) hendak dipersuburkan dan
dipertajamkan. Kita pertahankannya kerana itu adalah diperintah oleh syariat,
diperintah oleh Allah dan Rasul dan digemari oleh manusia. Mana-mana yang
mazmumahnya (negatif) hendaklah ditumpaskan kerana sifat-sifat negatif itu
dimurkai oleh Allah dan Rasul serta juga dibenci oleh manusia.Ilmu tasawuf
sering disebut juga dengan ilmu batin, namun tidak sama dengan ilmu
pengasih atau ilmu kebal. Orang yang
belajar ilmu batin bermakna dia belajar ilmu kebal atau belajar ilmu pengasih.
Sebenarnya orang itu belajar ilmu kebudayaan Melayu, yang mana ilmu itu ada
dicampur dengan ayat-ayat Al Quran. Kebal juga adalah satu bagian dari
kebudayaan orang Melayu yang sudah disandarkan dengan Islam. Kalau kita hendak
mempelajarinya tidak salah jika tidak ada unsur-unsur syirik. Tetapi itu bukan
ilmu tasawuf.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar